Homalomena

Homalomena adalah tumbuhan renek berbunga dalam keluarga Araceae. Tumbuhan ini dapat ditemukan di selatan Asia, barat daya Pasifik dan beberapa kawasan Amerika Latin.Dalam Bahasa Melayu, tumbuhan dalam genus ini turut dikenali sebagai nampung dan kemoyang (variasi nama keladi moyang, kelemoyang dan kelemayuh).Tumbuhan dari genus ini sesuai di tanam di taman teduh kerana hanya memerlukan jumlah sinaran matahari yang sederhana.