Homeopati

Homeopati adalah suatu jenis perubatan alternatif yang dipelopori oleh Samuel Hahnemann pada abad ke-18. Teori dasar di balik teknik sebegini adalah bahawa orang sakit boleh disembuhkan dengan menggunakan kesan pantulan bahan yang menghasilkan gejala sakit pada orang sihat. Homeopati disediakan dengan menambah banyak air dalam suatu bahan , memukulnya, lalu mengambil sedikit air, menambah ke air yang banyak, memukulnya, dan proses ini diulang-ulang hingga 200 kali dalam beberapa rawatan. Hahnmemann mengatakan ini akan mengeluarkan "kekuatan penyembuh yang ada pada ubat".Teknik ini sangat diragukan orang skeptik - mereka menganggap pesakit akan merasa lebih baik setelah menjalani terapi homeopati disebabkan perasaan pesakit itu sendiri yang berazam ingin sembuh, suatu keadaan yang dikenal dengan istilah "kesan plasebo" (placebo effect)[1] Banyak ahli sains juga tidak percaya dengan kaedah ini kerana ia bertentangan dengan hukum-hukum fizik dan kimia.[2]