Homonim dalam bidang
linguistik ialah sekumpulan perkataan yang berkongsi ejaan serta
sebutan yang sama tetapi mempunyai
makna yang berbeza, biasanya kerana perkataan-perkataan itu tidak berasal daripada punca yang sama. Salah satu contoh homonim ialah abu (debu, ayah, abu-abu). Keadaan bersifat honomim digelar
homonimi.Perkataan "homonym" merupakan
kata gabungan yang terdiri daripada
awalan Greek, homo- (ὁμο-), yang bermakna "sama", dan
akhiran -ṓnymos (-ώνυμος), yang membawa pengertian "nama". Justera, ia merujuk kepada dua or lebih konsep berasingan yang berkongsi "nama yang sama" (
penanda). Istilah ini agak kabur kerana terdapat sebilangan cara yang dua makna boleh berkongsi "nama yang sama". Oleh itu, ia digunakan dengan cara yang berbeza oleh penutur yang berlainan. Khususnya, sesetengah sumber hanya memerlukan homonim berkongsi ejaan yang sama atau sebutan yang sama (selain daripada mempunyai makna yang berbeza), walaupun ini masing-masing merupakan takrif untuk
homograf dan
homofon, menurut sesetengah sumber yang lain. Sesetengah sumber menyatakan bahawa makna-makna homonim harus mempunyai asal yang tidak berkait (bukan hanya berbeza). Oleh itu, kanan (penting, utama) dan kanan (lawan kiri) bersifat
polisem dan bukannya homonim. Terdapat juga percanggahan tentang takrif sesetengah istilah yang berkait.