Hoore!_Hoore!_(album)
Hoore!_Hoore!_(album)

Hoore!_Hoore!_(album)

Hoore! Hoore![1] merupakan album runut bunyi bagi filem ‘‘Hoore! Hoore!’’ yang menampilkan nyanyian pelbagai artis termasuk Akim, Nurfarah Nazirah, Adibah Noor, Harun Salim Bachik dan ramai lagi.[2] Album ini merupakan terbitan bersama daripada pihak Warner Music (Malaysia) dan Astro. Selain itu, album ini juga memuatkan 13 buah lagu yang diambil daripada filem muzikal tersebut dengan menggunakan rangkaian lagu-lagu popular oleh Sudirman Haji Arshad. Sebuah lagu baru yang berjudul ‘Idola’ telah dicipta khas oleh Audi Mok dan dinyanyikan oleh kumpulan Azlan & The Typewriter. Lagu-lagu di dalam album ini juga telah digubah semula dengan penglibatan komposer, Audi Mok. Album ini telah dikeluarkan pada tahun 2012.[3]