Hornbill_Skyways


Hornbill Skyways merupakan salah satu syarikat penerbangan di negeri Sarawak. Ia ditubuhkan pada 1977 dan dimiliki hampir sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak.Pada mulanya,mereka hanya memiliki sebuah pesawat ringan Cessna 421 dan 2 buah Helikopter Bell 206B Jet Ranger.Hornbill Skyways menyediakan perkhidmatan penerbangan dengan menggunakan empat buah helikopter jenis Bell 206B Jet Ranger III (9M-AWE, 9M-AYP, 9M-SGH, 9M-SGJ), 3 buah helikopter jenis Bell 206L Long Ranger IV (9M-BCU, 9M-HSM, 9M-HSS), 4 buah helikopter jenis EC135 P2 (9M-WSA, 9M-WSG,9M-WSM dan 9M-AZZ), sebuah helikopter jenis Bell 430 (9M-HRM), sebuah pesawat ringan Beech Super King Air (9M-WSK) dan sebuah jet eksekutif jenis Cessna 750 Citation X (9M-ATM).Hornbill Skyways adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang memiliki dan mengoperasikan helikopter Bell 430 dan Cessna Citation X,yang dianggap jet eksekutif terpantas dalam sejarah penerbangan,dengan kelajuan Mach 0.92.Hornbill Skyways berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan mempunyai cawangan di Lapangan Terbang Miri.