Insiden Hornbill_Skyways

Tahun 2004 dan 2005 adalah tahun terburuk dalam sejarah operasi Hornbill Skyways,apabila 3 buah helikopter Bell milik mereka (2 buah Helikopter Bell 206L Long Ranger III dan sebuah Bell 206B Jet Ranger III) terhempas,menyebabkan 14 kematian termasuk beberapa Tokoh Korporat dan seorang Menteri Muda Negeri Sarawak,iaitu mendiang Dr.Judson Sakai Tagal.Namun begitu kebanyakan punca nahas adalah berkaitan dengan keadaan kawasan pedalaman Borneo yang masih diliputi hutan tebal.Faktor inilah yang membuat Hornbill Skyways untuk memperolehi helikopter baru yang lebih moden dan efisien.