Hospital_Bahagia
Hospital_Bahagia

Hospital_Bahagia

Hospital Bahagia Ulu Kinta merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Perak, Malaysia. Mempunyai bilangan katil 2,600. Terdapat 79 buah wad di hospital ini yang terdiri daripada 54 buah wad lelaki dan 25 buah wad perempuan.Hospital Bahagia Ulu Kinta merupakan hospital penjagaan mental yang tertua dan terkenal di Malaysia. Hospital ini yang asalnya dikenali sebagai "Hospital Tanjung Rambutan", terletak di Tanjung Rambutan, Negeri Perak, 16 km ke arah timur laut bandar raya Ipoh.Hospital Bahagia secara tradisi menawarkan rawatan jagaan, memberi rawatan klinikal, psikologi, moral, dan kerohanian bagi kes mereka yang mengalami masalah mental, atau turut dikenali sebagai sakit jiwa, gila, iseng dll. Sungguhpun begitu dari segi perubatan, mereka yang ditempatkan di sini tidak kesemuanya di luar kawal, dan pesakit yang tidak berapa teruk akan diberi latihan di bengkel pertukangan bagi lelaki dan bengkel kerja tangan bagi wanita. Selain itu pesakit turut diberi latihan bertani. Kesemua aktiviti ini mempunyai nilai rawatan (terapeutik) bagi membantu pesakit bertenang dan pulih.Kebanyakan dari pesakit mengalami kes Schizophrenia (90 %). Kebanyakan kes adalah tidak serius atau ganas, hanya sejumlah kecil kes memerlukan kawalan yang lebih ketat. Mereka mengalami keadaan kemurungan dan menyendiri sekiranya mereka meninggalkan makan ubat. Schizophrenia membabitkan sekitar 1 % manusia.