Hospital_Kuala_Lipis

Hospital Kuala Lipis merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Pahang, Malaysia.Hospital Kuala Lipis merupakan hospital yang memberi perkhidmatan pada hampir 400,000 penduduk di kawasan Pahang Barat. Ia termasuk penduduk sekitar daerah Kuala Lipis, Raub, Bentong dan Cameron Highlands yang ingin mendapatkan rawatan.Selain itu, Hospital Kuala Lipis turut dilengkapi dengan per­khidmatan kemudahan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) yang bernilai RM3 juta yang memberi manfaat besar kepada pesakit yang datang menerima rawatan.[1]