Sejarah Hospital_Tengku_Ampuan_Afzan

Perkhidmatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bermula pada tahun 1904, sebagai sebuah Hospital Daerah Kuantan yang dikenali sebagai Rumah Sakit Umum Kuantan. Hospital ini telah dinaikkan taraf kepada Hospital Besar pada tahun 1955 setelah bandar Kuantan diistiharkan sebagai ibu negeri Pahang. Bangunan HTAA yang ada sekarang dibina di atas tapak yang sama seluas 40.1 ekar.