Plot Hot_Young_Bloods

Mengambil tempat di sebuah pekan luar bandar pada tahun 1982, Young-sook (Park Bo-young) ialah ketua geng yang ditakuti di Sekolah Tinggi Pertanian Hongseong. Dia secara rahsianya menyukai Joong-gil (Lee Jong-suk), seorang playboy di sekolah itu. Joong-gil cuba untuk memikat hati semua pelajar perempuan di sekolah itu kecuali Young-sook. Ini kerana, Gwang-sik (Kim Young-kwang), ketua geng lelaki sekolah pesaing melihat Young-sook sebagai perempuannya. Pada suatu hari, Seorang pelajar perempuan baru, So-hee (Lee Se-young) dari Seoul berpindah ke sekolah tinggi mereka. Joong-gil mula jatuh cinta kepada So-hee yang cantik dan berbeza daripada pelajar perempuan yang lain. Young-sook yang cemburu bergaduh dengan So-hee untuk mengelak saingan barunya itu daripada mendekati Joong-gi. Gwang-sik mula curiga dengan hubungan diantara Young-sook dan Joong-gil.

Rujukan

WikiPedia: Hot_Young_Bloods http://boxofficemojo.com/movies/intl/?page=&wk=201... http://www.imdb.com/title/tt3579990/ http://www.tenasia.com/lee-jong-suks-new-school-se... http://www.tenasia.com/new-lee-jong-suk-film-pre-s... http://www.koreanfilm.or.kr/jsp/news/features.jsp?... http://www.koreanfilm.or.kr/jsp/news/news.jsp?mode... http://www.koreanfilm.or.kr/jsp/news/reports.jsp?m... http://www.hancinema.net/korean_movie_Hot_Young_Bl... https://www.kmdb.or.kr/eng/db/kor/detail/movie/K/1...