Hotel_Mania

Hotel Mania ialah sebuah siri televisyen buatan Malaysia yang bergenre muzikal terbitan KRU Studios. Drama ini disiarkan di slot Lestary (Selasa, 9 malam) di TV3, dan dibintangi oleh Anding Indrawani Zaini, Dafi, Marsha Londoh, Adam, Bob, dan Adeline Anthony. Ini merupakan siri drama terbitan KRU yang kedua untuk TV3 selepas Bio-Nik.Siri ini berlatarkan sebuah hotel bertaraf lima bintang, iaitu Marriott Putrajaya, di mana protagonisnya, Adiwira bin Abdullah, bertugas sebagai pekerja di situ sambil menjalankan misi peribadi untuk mencari bapanya yang tidak pernah dikenalinya, dengan bantuan sahabat karibnya Girang dan kakitangan hotel lain yang akrab dengan mereka. Sebagai drama muzikal terbitan KRU, Hotel Mania diserikan oleh para barisan pelakon berlakon sambil menyanyi lagu-lagu yang berada dalam simpanan KRU Publishing Sdn Bhd (terutamanya lagu gubahan ahli-ahli KRU sendiri).