Dafi
Dafi

Dafi

Gadaffi Ismail Sabri atau lebih dikenali sebagai Dafi dilahirkan pada 14 Disember 1988.[nota 1][1] Beliau merupakan peserta Akademi Fantasia musim ke-5. Beliau juga merupakan anak lelaki kepada YB, Datuk Ismail Sabri Yaakob. Kakaknya ialah Nina Sabrina, yang merupakan seorang pereka fesyen dan sosialit terkenal.Beliau boleh dikatakan sebagai pelajar AF yang bertuah. Sejurus selepas tersingkir, Dafi mendapat tawaran daripada Erma Fatima untuk mengacarakan rancangan Xpresi Remaja di RTM2.[1] Beliau juga membuat penampilan kameo dalam Apa Kata Hati terbitan Tayangan Unggul.[1]Selain itu, Dafi juga menyumbangkan suara sebagai watak utama iaitu Troy dalam High School Musical versi bahasa Melayu.[1]