Pendidikan Dafi

Dafi,memperoleh Diploma Profesional Seni Muzik dan Bunyi dari Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing. Beliau juga telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik dari Akademi Seni Muzik dan Bunyi, Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, ini membuatkan beliau layak menerima Anugerah Industri untuk Kecemerlangan dari universiti berkenaan, beliau diberi peluang untuk memberikan ucapan pada majlis konvokesyen universiti atas penerimaan anugerah tersebut.

Terdahulu, Dafi telah memulakan pengajiannya di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing sejak awal tahun 2006, tetapi ia terpaksa menangguhkan pengajiannya berikutan mengikuti program realiti hiburan terkenal di Malaysia iaitu Akademi Fantasia (AF) musim ke-5 yang dihoskan oleh Astro.[2]