Houthis
Houthis

Houthis

Houthis adalah kelompok militan Zaidi Syiah yang aktif beroperasi di utara Yaman . Mereka juga disebut sebagai puak yang kuat dan digelar As-Shabab al-Muminin (Pemuda beriman). Kumpulan ini sempena nama Badreddin Hussein al-Houthi , bekas komander mereka, yang dilaporkan tewas oleh pasukan tentera Yaman pada bulan September 2004. Antara komander mereka ialah Ali al-Qatwani , Abu Haider , Abbas Aidah dan Yousuf al-Madani (anak laki-laki ipar dari Hussein al-Houthi) juga telah terbunuh oleh pasukan tentera Yaman. Badreddin Hussein al-Houthi dikatakan pemimpin spiritual mereka.Ahli seramai antara 1,000 dan 3,000 pejuang pada 2005dan antara 2.000 dan 10.000 pejuang pada 2009 . Penyokong mereka dianggarkan 100,000 pejuang.Para Houthis menegaskan mereka membela komuniti mereka dari tekanan kerajaan dan diskriminasi. Tetapi kerajaan Yaman menyatakan mereka mahu melaksanakan dan mengembangkan hukum agama Syiah. Houthis dilaporkan "berdoa dengan cara yang salah" dengan mengangkat lengan mereka, seperti kebiasaan antara Sunni di Yaman). Selain itu mempunyai sentimen anti Amerika yang tinggi. Kerajaan Yaman juga menuduh Houthis mempunyai hubungan erat dengan kerajaan Iran (seperti Iran - sebuah negara majoriti Syiah. Namun mereka menafikan menyokong gerakan [al-Qaeda]] dan anti kerajaan Arab Saudi .