Keterangan Hueco_Mundo

Hueco Mundo merupakan padang pasir putih yang kosong dan kelihatan tidak berpenghuni.

Hueco Mundo terletak di antara dunia hidup dan Soul Society, meskipun dipisahkan daripada sempadan dimensi yang dikenali sebagai dangai. Seseorang hanya boleh mejejakkan kaki di Hueco Mundo dengan mengoyak sebuah lubang di dimensi fabrik yang memisahkan kedua-dua dunia tersebut, yang membenarkan golongan hollow untuk memasuki mana-mana dimensi mengikut kemahuan mereka. Bergantung kepada jenis satu-satu hollow itu, kesan penggunaan teknik ini berbeza. Hollow biasa selalunya muncul daripada sebuah vorteks kecil berwarna hitam ataupun daripada gumpalan asap, manakala hollow kelas menos pula muncul dengan mengoyak muka langit untuk merentasi sempadan itu. Golongan arrancar pula menggunakan sebuah teknik variasi yang lebih stabil yang dikenali sebagai garganta.

Hueco Mundo kelihatan sebagai sebuah gurun putih yang tidak ada akhirnya, seperti padang pasir di Sahara. Disekitarnya berteraburan batu-bata dan pokok-pokok kering kontang. Kawasan sekitarnya dipenuhi kesunyian, dan tiada sebarang tanda-tanda kehidupan dapat ditemui. Hollow selalunya tinggal di bahagian bawah atau di bahagian-bahagian selain daripada permukaan Hueco Mundo sehinggalah sesuatu memanggil mereka keluar daripada kepompong mereka, contohnya seperti pencerobohan sesuatu dari luar. Menurut para shinigami, setiap Hollow tidak kira rupa, jenis, saiz, ataupun kekuatan tinggal di Hueco Mundo.

Dalam siri anime Bleach, Hollow boleh juga menarik roh-roh lain ke Hueco Mundo, seperti kisah abang Inoue Orihime, iaitu Inoue Sora.