Hukum-hukum Hukum-hukum_gerakan_Newton

Hukum gerakan Newton menerangkan pecutan bagi jasad yang besar. Dalam bahasa moden, hukum menyatakan:

Hukum PertamaJika tiada daya bersih yang bertindak ke atas sesuatu zarah, maka adalah mungkin untuk memilih satu set rangka rujukan, yang dipanggil rangka rujukan inersia, yang dicerap dari pergerakan zarah tanpa sebarang perubahan dalam halaju.Hukum KeduaDicerap dari rangka rujukan inersia, daya bersih ke atas sesuatu zarah adalah berkadaran dengan perubahan masa bagi momentum linear: F = d [ m v ] / d t {\displaystyle F=d[mv]/dt} . Momentum adalah hasil darab jisim dan halaju. Hukum ini selalu dinyatakan sebagai F = m a {\displaystyle F=ma} (daya ke atas suatu objek sama dengan jisimnya didarab dengan pecutannya).Hukum KetigaSetiap kali suatu zarah A mengenakan daya pada zarah lain iaitu B, B pada masa yang sama akan mengenakan daya kepada A dengan magnitud yang sama dalam arah yang berlawanan. Bentuk hukum yang kuat ini kemudian mempostulatkan bahawa kedua-dua daya ini bertindak pada garis yang sama.
Rencana ini rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.