Hukum_Snell
Hukum_Snell

Hukum_Snell

Hukum Snell (juga dikenali sebagai hukum Snell-Descartes dan hukum pembiasan) ialah rumus yang digunakan untuk menggambarkan hubungan antara sudut tuju dan pembiasan, apabila merujuk kepada cahaya atau gelombang lain yang melalui sempadan antara dua medium isotropik yang berbeza, seperti seperti air, kaca, atau udara.Dalam optik, hukum ini digunakan dalam penyurihan sinar untuk mengira sudut tuju atau pembiasan, dan dalam optik eksperimen untuk mencari indeks biasan bahan. Hukum ini juga menepati dengan bahan meta, yang membolehkan cahaya dibengkokkan "ke belakang" pada sudut pembiasan negatif dengan indeks biasan negatif.Hukum Snell menyatakan bahawa nisbah sinus sudut tuju dan pembiasan adalah bersamaan dengan nisbah halaju fasa dalam kedua-dua medium atau bersamaan dengan songsang nisbah indeks pembiasan:dengan setiap θ {\displaystyle \theta } merupakan sudut yang diukur dari normal sempadan, v {\displaystyle v} ialah halaju cahaya dalam medium masing-masing (unit SI adalah meter per saat, atau m/s), λ {\displaystyle \lambda } sebagai panjang gelombang cahaya dalam medium masing-masing dan n {\displaystyle n} sebagai indeks biasan (yang tidak berunit) untuk medium masing-masingHukum ini mengikut prinsip masa tersingkat Fermat, yang seterusnya mengikut dari penyebaran cahaya sebagai gelombang.