Ekonomi Hunan

Hasil tani tradisi Hunan ialah beras. Kawasan Tasik Dongting ialah pusat penghasilan rami yang penting, dan Hunan juga merupakan pusat penanaman teh yang penting.

Kawasan Lengshuijiang dikenali kerana lombong-lombong stibnitnya, dan merupakan salah sebuah pusat utama penggalian antimoni di China.

KDNK nominalnya untuk tahun 2006 ialah 749.3 bilion yuan (AS$96.8 bilion). Pada tahun 2006, KDNK per kapitanya ialah 11,830 yuan (AS$1,530).