Menu
Husin_bin_Muhammad_Nasir PengenalanTuan Husin dilahirkan di Titi Gajah, Kedah pada 20 Jamadil Awal 1280h/1862m. Nama timangan beliau ketika kecil ialah Cik Megat. Kemudian masyur dengan panggilan Tuan Hussein Kedah. Gelaran Megat diperolehi kerana ayah beliau Hj.Muhd. Nasir, seorang kebanyakan telah berkahwin dengan Tengku Fatimah Tengku Mahmud, kerabat Diraja Kubang Pasu. Beliau mempunyai 8 orang adik beradik, 6 lelaki dan 2 perempuan.
Perkataan Al-Banjari menunjukkan Tuan Husin adalah dari rumpun bangsa Banjar. Nenek moyang beliau berasal dari Kelompoyan Mertapora Banjarmasin. Nenek beliau Hj. Masud b. Qadhi Muhd. Said merupakan orang yang pertama tiba di Kedah. Disebabkan kebijaksanaan Hj. Masud, beliau telah dilantik menjadi seorang daripada panglima perang Kedah oleh Sultan Kedah pada masa itu untuk menentang Siam.Beliau gugur ketika menentang Siam. Sultan Kedah pada ketika itu ialah Sultan Ahmad Tajudin Halim Shah Ibn Al-Marhum Sultan Abdullah (1260 H - 1219 H ).
Menu
Husin_bin_Muhammad_Nasir PengenalanBerkaitan
Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit Husin bin Muhammad Nasir Husin Yaacob Husinec (Daerah Prague-Timur) Husin Othman Husin Din Husinec (Daerah Prachatice) HusinĂ¡ Husna Mustaffa Husain bin AliRujukan
WikiPedia: Husin_bin_Muhammad_Nasir http://khairiahislamiah.tripod.com/tuanhusin.html