Perbicaraan Hussain_Ahmad_Najadi

Seorang Penarik kereta, Koong Swee Kwan menghadapi tuduhan membunuh pengasas bank tersebut dan tuduhan cubaan membunuh Mei Kuan, 50. Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta di Tokong Cina Kuan Yin, No. 4, Lorong Ceylon, Dang Wangi antara pukul 1.30 dan 2 petang, 29 Julai 2013.Bagi tuduhan membunuh Hussain, 75, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.Pertuduhan cubaan membunuh Mei Kuan pula dikemukakan mengikut Seksyen 307 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun.

Perbicaraan diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Datuk Mohd Azman Husin. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Yusaini Amer Abd. Karim manakala tertuduh diwakili peguam, Zambri Idrus.

Pakar perubatan patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Nurul Kharmila Abdullah menyatakan bahawa terdapat beberapa kesan tembakan di bahagian hadapan, sisi dan belakang badan mayat Hussain.Lima kesan tembakan di bahagian depan meliputi kesan peluru masuk dan keluar manakala terdapat enam kesan tembakan masuk dan keluar di bahagian belakang. Berdasarkan kesan kecederaan, penyerang dianggarkan berada dalam jarak antara 40 ke 60 sentimeter.

Tembakan jarak dekat itu mengenai dua organ utama iaitu jantung dan salur darah utama, aorta. Kecederaan pada jantung telah menyebabkan pendarahan teruk di rongga dada kiri manakala kecederaan pada aorta menyebabkan rongga dada kanan dipenuhi darah. Kecederaan pada jantung sudah cukup untuk menyebabkan kematian. Kecederaan pada jantung sangat serius dan kalau berjaya dibawa ke bilik bedah pun, peluang untuk selamat amat sukar kerana jantung hampir pecah. Kes itu diklasifikasikan meninggal dunia ekoran luka tembakan berganda di bahagian dada.[7]

Perunding dan Pakar Bedah Ortopedik, Prince Court Medical Centre, Dr. Yong Chee Kuen, memberitahu Mahkamah Tinggi, Mei Kuen (isteri Hussain) kehilangan darah yang banyak iaitu kira-kira 15 hingga 30 peratus jumlah keseluruhan darah badannya. Sekiranya, Mei Kuen terus mengalami pendarahan, keadaannya boleh menjadi bertambah parah dan boleh mengakibatkan kematian.[8]

Saksi kejadian, penjaga tokong, Lim Sok Yee (37) memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia melihat seorang lelaki berkemeja lengan panjang berlari mengejar Hussain Ahmad Najadi dan isterinya sewaktu pasangan itu sedang berjalan meninggalkan sebuah tokong sebelum menembak mereka berdua bertalu-talu. Koong Swee Kwan turut melepaskan tembakan ke arah Hussain walaupun lelaki tersebut sudah jatuh di kawasan letak kenderaan tokong itu.Dia nampak tertuduh berlari dan mengekori dari belakang dan mula menembak ke arah isteri Hussain dari belakang. Dia dengar kira-kira lima das tembakan. Bila Hussain jatuh, saya nampak tertuduh buat sesuatu pada pistolnya. Kemudian, tertuduh lepaskan beberapa das tembakan lagi.

Tertuduh ketika itu turut memakai topi bola dan menghisap rokok dilihat sering mundar-mandir di dalam tokong dan sering mengintai ke dalam apabila berada di bahagian luar tokong itu.

Sok Yee memaklumkan bahawa Hussain dan isteriny datang ke tokong tersebut untuk membantu rumah ibadat itu dalam satu perbincangan dengan seorang individu bernama Datuk Richard Morrais. Morrais didakwa hendak memberi wang berjumlah RM300,000 kepada dua lagi individu bernama Lim Sok Ling dan Lim Sok Chean namun dibantah oleh Hussain kerana wang tersebut merupakan milik tokong.Perbincangan i tu berjalan selama setengah jam itu berakhir tanpa sebarang penyelesaian. Kemudian Richard beredar. Hussain kemudian ada membuat panggilan telefon sebelum memberitahu dia perlu beredar kerana ada mesyuarat. Dia juga suruh saya buat temu janji dengan peguam dan Morrais keesokan harinya. Morrais mendakwa ada hak dalam hartanah milik tokong terbabit dan Hussain hanya hadir untuk membantu tokong. Hussain tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan rumah ibadat itu dan mengenali Mei Kuan sejak 1995 kerana isteri mangsa sebelum itu sering datang sembahyang di tokong terbabit.