Menu
Hussein_Onn KeistimewaanBeliau ialah seorang yang amat berhati-hati apabila membuat keputusan yang melibatkan hal ehwal negara. Beliau sangat tegas dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya. Pengalaman dalam bidang ketenteraan telah menjadikan beliau sebagai seorang yang berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa. Beliau telah memberikan kebebasan kepada akhbar dan majalah untuk melontarkan kritikan dan ulasan dengan harapan bahawa perkara itu akan meningkatkan prestasi pentadbirannya. Beliau ialah seorang negarawan yang disegani dan dihormati. Beliau juga terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur. Dalam sejarah, beliau akan sentiasa dikenang sebagai "Penyambung Warisan Yang Terbilang". Usaha beliau dalam memupuk semangat perpaduan antara berbilang kaum telah berjaya dicapai dalam konteks masyarakat Malaysia. Beliau mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh ayahandanya serta pogram pembangunan yang dijana oleh sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi. Malah, beliau juga telah mewariskan pentadbiran kerajaan serta UMNO kepada Tun Dr. Mahathir dalam keadaan yang stabil dan begitu kukuh pada ketika itu.
Menu
Hussein_Onn KeistimewaanBerkaitan
Hussein Onn Hussein Abu Hassan Husain bin Ali Hussein Haniff Hussein Yee Hussein dari Jordan Hussein Aljunied Hussein bin Mohd Taib Hussein Che Dol Hussein Mohd NoordinRujukan
WikiPedia: Hussein_Onn http://www.lib.uum.edu.my/48merdeka/husin.htm http://web.archive.org/20040716140103/www.geocitie... http://web.archive.org/web/20040716140103/http://w... http://isni.org/isni/0000000067133984 https://id.loc.gov/authorities/names/n80068706 https://d-nb.info/gnd/13167398X https://viaf.org/viaf/30837228 https://www.wikidata.org/wiki/Q529391# https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Hussei... https://www.worldcat.org/identities/containsVIAFID...