Taksonomi Hydrornis

Pada satu ketika semua burung pitta diletakkan dalam genus Pitta, satu-satunya genus dalam keluarga Pittidae, akan tetapi pada tahun 2006 sebuah kajian filogenetik molekular mendapati bahawa pitta membentuk tiga kumpulan berasingan, genus ini kemudian dipisahkan dan beberapa spesies telah dipindahkan ke dalam dua genera baharu, Erythropitta dan Hydrornis.[1] Genus Hydrornis telah diperkenalkan oleh ahli zoologi Inggeris Edward Blyth pada tahun 1843 dengan Pacat Dahi Biru (Hydrornis nipalensis) sebagai spesies jenis.[2][3] Nama Hydrornis menggabuungkan perkataan Greek Tua hudōr "air" dan ornis "burung".[4]

Pitta dalam genus Hydrornis mempunyai bulu Dimorfisme seks, satu ciri yang tidak ditemui pada semua spesies pitta yang lain. Kajian juga menemui burung muda dalam genera ini mempunyai warna bulu kriptik berbintik.[1]