Kebolehan Hyuga

Byakugan

Rencana utama: Byakugan
Fail:Mata Byakugan.pngMata "Byakugan" milik klan Hyuga

Byakugan (白眼, Mata Putih) juga dikenali sebagai "Mata Putih Penglihatan Telus" merupakan satu bentuk Kekkei Genkai, sejenis susur genetik yang dikongsi oleh kalangan ninja dari klan Hyuga. Ninja yang memiliki susur genetik klan Hyuga ini rata-rata memiliki mata berwarna putih (Neji dan Hinata warna mata yang agak berbeza iaitu masing-masing memiliki warna mata berwarna sedikit keunguan dan biru kekelabuan). Walaupun tidak dinyatakan secara nyata, boleh dianggap bahawa semua anggota klan Hyuga memiliki Byakugan. Adalah kebiasaan, Sharingan milik klan Uchiha merupakan perwarisan daripada pendarahan klan Hyuga yang memiliki Byakugan.

Seperti mata Sharingan, Byakugan turut boleh dipindahkan kepada ninja yang bukan daripada keturunan Hyuga seperti mana yang terjadi kepada Ao dari Kirigakure. Mata Byakugan yang dipindahkan boleh diaktifkan atau dinyahaktofkan dengan kuasa penggunanya dan tidak seperti Sharingan yang sentiasa dalam keadaan aktif sepanjang masa.

Kebolehan Byakugan ini menjadi ia suatu objek yang menjadi rebutan oleh banyak perkampungan ninja. Sebagai bukti, pernah terjadi wakil daripada Kumogakure melakukan percubaan untuk mendapatkan Byakugan dan bagaimana Kirigakure cuba mempertahankan satu-satunya Byakugan (milik Ao) yang mereka miliki.

Taijutsu lembut

Anggota klan Hyuga diajar menggunakan sejenis bentuk taijutsu yang dipanggil Taijutsu Lembut (柔拳, Jūken) yang digunakan bersama mata Byakugan. Tidak seperti Taijutsu Keras yang mengakibatkan kecederaan luaran kepada sasaran, teknik Taijutsu Lembut ini mengakibatkan kecederaan dalaman kepada sasarannya. Setiap serangan mesti mengena kepada sasaran dengan tepat iaitu mengenai titik sistem peredaran chakura yang membawa chakura kepada tubuh. Titik ini merupakan penghubung kepada peredaran chakura secara langsung kepada organ-organ dalam tubuh. Apabila sistem ini dicederakan, organ-organ dalam tubuh juga turut terjejas. Tidak ada bentuk pertahanan yang mampu menyekat teknik Taijutsu Lembut ini kerana tidak ada sesiapa yang mampu melatih pertahanan organ dalaman agar menjadi lebih kuat. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk menghalangnya hanyakah dengan menghalang serangan tersebut daripada mengenai tubuh.

Teknik terhebat menggunakan taijutsu lembut adalah Rajah Lapan Triagram 64 Telapak yang hanya diajarkan kepada ahli keluarga utama. Namun, sesetengah pengguna Byakugan yang berkemahiran seperti Neji, yang nyata-nyata jarang dilihat, mampu menggunakan teknik Taijutsu Lembut ke tahap yang lebih tinggi.Dia mampu mempelajari teknik tersebut bersendirian dan digelar sebagai "genius" di kalangan ahli klan Hyuga. Neji Hyuga mampu menggunakan teknik terhebat klan Hyuga iaitu teknik Rajah Lapan Triagram 64 Telapak bersama Hinata Hyuga yang mampu mempelajari teknik Rajah Lapan Triagram 32 Telapak (versi lebih mudah berbanding Neji) yang hanya dapat dilihat dalam siri anime. Teknik ini menyasarkan "Sistem Peredaran Chakura" (keirakurei) yang mengandungi 361 titik nadi dipanggil "Tenketsu". Apabila tenketsu ini diserang, pengguna Byakugan boleh memilih sama ada menutup atau membuka secara paksa tenketsu sasaran dan memberikan kelebihan kepada mereka mengawal pengaliran chakura pihak lawan.

Dalam pertarungan Neji menentang Kidomaru, Neji telah menggunakan Rajah Lapan Triagram 128 Telapak ke atas Kidomaru yang mana hanya terdapat di dalam siri animasi. Taijutsu Lembut berkeupayaan untuk menyerang tanpa menggunakan tenaga yang banyak namun memberikan tahap kerosakan yang maksimum kepada sasaran berbanding sesetengah Ninjutsu yang bertahap tinggi. Ia boleh dianggap sebagai taijutsu terhebat yang terdapat di Konohagakure.