I'm a Celebrity... Get Me Out of Here!

I'm a Celebrity... Get Me out of Here! merupakan siri realiti yang diterbitkan oleh Granada Productions untuk saluran ITV. ABC telah menyiarkan versinya tersendiri pada Februari dan Mac 2003. Di Jerman, musim ketiga Ich bin ein Star – Holt mich hier raus! telah ke udara pada Januari 2008. Perancisjuga menerbitkan versinya tersendiri iaitu Je suis une célébrité, sortez-moi de là!.Di UK, siri ini dihoskan oleh Ant & Dec. Manakala di Amerika, John Lehr bertanggungjawab; Dirk Bach dan Sonja Zietlow pula untuk versi Jerman.Para pemenang siri ini adalah : Tony Blackburn (2002), Phil Tufnell (2003), Kerry Katona (2004), Joe Pasquale (2004), Carol Thatcher(2005), Matt Willis (2006), dan Christopher Biggins (2007) (UK); Cris Judd (US); Costa Cordalis, Désirée Nick dan Ross Antony (Jerman); Richard Virenque (Perancis); Walter Nudo, Sergio Muñiz, dan Lory Del Santo (Itali); Balázs Sebestyén, János Vadon and Lilu (Hungary).