Perincian IPhone_13_Pro

Perkakasan

iPhone 13 Pro dan Pro Max menggunakan pemproses A15 Bionic rekaan Apple yang menampilkan enjin saraf 16 teras, CPU 6 teras (dengan 2 teras prestasi dan 4 teras kecekapan) dan GPU 5 teras.[22] A15 Bionic juga mengandungi pemproses citra generasi seterusnya. 

Lebih banyak jalur 5G tersedia untuk menyokong lebih banyak pembawa, terutamanya di luar AS.[petikan diperlukan]

Paparan

iPhone 13 Pro mempunyai paparan OLED 6.06 inci (154 mm) (dipasarkan sebagai 6.1-inci (15 cm)) dengan peleraian 2532 × 1170 piksel (2.9 megapiksel) pada 460 PPI, manakala iPhone 13 Pro Max mempunyai paparan OLED 6.68 inci (170 mm) (dipasarkan sebagai 6.7-inci (17 cm)) dengan peleraian 2778 × 1284 piksel (3.5 megapiksel) pada 458 PPI. Kedua-dua model mempunyai paparan OLED XDR Retina Super dengan kecerahan biasa yang ditambahbaikkan sehingga 1,000 nit daripada 800 nit, dan kecerahan terbanyak sehingga 1,200 nit, dan buat pertama kalinya dalam iPhone, paparan ProMotion 10-120 Hz berbolehubah, yang juga boleh bergerak serendah 10 Hz untuk mengekalkan hayat bateri, ciri sebelum ini hanya digunakan pada iPad Pro (Generasi ke-2) dan model kerabatnya.[15]

Bateri

Apple mendakwa yang iPhone 13 Pro mempunyai hayat bateri sehingga 1.5 jam lebih lama, dan 13 Pro Max mempunyai hayat bateri sehingga 2.5 jam lebih lama berbanding pendahulunya masing-masing. Kapasiti kadarannya ialah 11.97 Wh (3,095 mAh) pada 13 Pro, peningkatan daripada bateri 10.78 Wh (2,815 mAh) yang ditemui dalam iPhone 12 Pro, manakala untuk 13 Pro Max pula ialah 16.75 Wh (4,352 mAh), peningkatan daripada bateri 14.13 Wh (3,687 mAh) yang ditemui dalam iPhone 12 Pro Max.[23][24] Kedua-dua model boleh dicas dengan MagSafe sehingga 15 W, pengecasan wayarles Qi sehingga 7.5 W, dan Kilat sehingga 20-23 W untuk model Pro dan 20-27 W untuk model Pro Max.[25]

Kamera

iPhone 13 Pro menampilkan empat kamera: satu kamera depan untuk swafoto dan tiga kamera belakang yang mengandungi kamera telefoto, lebar, dan ultralebar. Semua kamera belakang mengandungi penderia yang lebih besar daripada iPhone 12 Pro, membolehkan lebih banyak pengumpulan cahaya. Kamera lebar dan ultralebarnya juga mempunyai apertur yang lebih besar untuk menangkap lebih banyak cahaya dan meningkatkan prestasi cahaya rendah. Kamera ultralebar juga mempunyai autotumpu julung kali. Telefoto 77 mm mempunyai apertur yang lebih kecil daripada 12 Pro tetapi mempunyai kelebihan kerana boleh menggunakan Ragam Malam julung kali. Telefoto yang lebih besar juga meningkatkan keupayaan zum digital kepada 15x.[15]

Kamera menggunakan enjin fotografi pengiraan terbaru oleh Apple, yang dipanggil HDR Pintar 4. HDR Pintar 4 memproses wajah yang dikenali dalam gambar secara berasingan menggunakan pelarasan setempat. Pengguna juga boleh memilih daripada pelbagai gaya fotografi semasa tangkapan, termasuk kontras kaya, terang, hangat, dan dingin. Apple menjelaskan yang ia berbeza daripada turas kerana ia berfungsi secara bijak dengan algoritma pemprosesan citra semasa tangkapan untuk menggunakan pelarasan setempat pada citra.[26]

Ap kamera mengandungi ragam baharu yang dipanggil Ragam Pawagam, yang membolehkan pengguna menumpu samar antara subjek dan mencipta medan kedalaman cetek menggunakan algoritma perisian. Ia disokong untuk kamera lebar, telefoto, dan depan dalam 1080p pada 30 fps. Apple juga menambah keupayaan untuk merakam dalam 4K ProRes Apple pada 30 fps dan 1080p pada 60 fps dalam iOS 15.1 untuk model yang sekurang-kurangnya berstoran 256 GB. Namun, model asas berstoran 128 GB akan dihadkan kepada rakaman ProRes pada 1080p pada 30 fps.[27]

Kamera tersebut mempunyai ragam makro yang boleh menumpu sedekat 2 sentimeter dari subjek. Ia menggunakan autotumpu daripada kamera ultralebar dan digiatkan secara automatik apabila cukup dekat dengan subjek.[28]

Perisian

iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max diisikan dengan iOS 15 ketika dilancarkan.

Rujukan

WikiPedia: IPhone_13_Pro http://web.archive.org/web/20210914182421/https://... //upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/9... https://www.iphoneincanada.ca/apple/luxshare-preci... https://9to5mac.com/2021/09/14/iphone-13-pros-a15-... https://9to5mac.com/2021/09/16/iphone-13-battery-l... https://support.apple.com/en-us/HT202186 https://www.apple.com/apple-events/march-2022/ https://www.apple.com/iphone-13-pro https://www.apple.com/iphone-13-pro/ https://www.apple.com/iphone-13-pro/specs/