IPv4

Protokol Internet versi 4 (IPv4) merupakan semakan keempat dalam pembangunan Protokol Internet (IP) dan ia merupakan versi pertama yang dilaksanakan secara meluas. Bersama-sama dengan IPv6, ia merupakan teras kaedah antara jaringan berasaskan piawaian bagi Internet. IPv4 masih lagi setakat ini merupakan protokol Lapisan Internet yang digunakan paling meluas. Setakat 2011[update], pelaksanaan IPv6 masih lagi belum matang.IPv4 telah diperihalkan dalam RFC 791 penerbitan IETF (September 1981), menggantikan takrifan yang lebih awal (RFC 760, Januari 1980).IPv4 adalah protokol tanpa sambungan untuk digunakan pada jaringan Lapisan Pautan bersuis paket (seperti Ethernet). Cara ia beroperasi adalah mengikut model penghantaran sehabis baik, di mana ia tidak menjamin penghantaran, juga tidak menjamin penjujukan yang wajar, atau mengelakkan penghantaran berganda. Aspek-aspek ini, termasuklah kewibawaan data, diuruskan oleh protokol pengangkutan protokol lapisan atas (seperti Protokol Kawalan Penghantaran).

Rujukan

WikiPedia: IPv4 http://www.3com.com/other/pdfs/infra/corpinfo/en_U... http://www.inetcore.com/project/ipv4ec/index_en.ht... http://technet.microsoft.com/en-us/library/cc77908... http://www.networksorcery.com/enp/protocol/ip.htm http://www.potaroo.net/tools/ipv4/index.html http://www.tndh.net/~tony/ietf/ipv4-pool-combined-... https://d-nb.info/gnd/4588596-5 https://www.apnic.net/community/ecosystem/igf/arti... https://web.archive.org/web/20100608114541/http://... https://web.archive.org/web/20110109025511/http://...