ITV

ITV ialah sebuah rangkaian penyiar televisyen berkhidmat awam di United Kingdom yang didirikan oleh Independent Television Authority (ITA) untuk menyediakan saingan kepada BBC. ITV ialah rangkaian televisyen swasta tertua di UK yang bermula siaran pada tahun 1955. Semenjak Akta Penyiaran 1990 berkuatkuasa, nama sahnya ialah Channel 3, yang mana nombor 3 tiada erti selain membezakannya daripada BBC One, BBC Two dan Channel 4; sebelum ini, rangkaian ini langsung tiada nama sah. Ramai penonton menetapkan penerimaan stesen ITV setempat mereka kepada butang 3, manakala stesen-stesen lain ditetapkan mengikut nombor yang tertera dalam nama masing-masing.ITV harus dibezakan dengan ITV plc, iaitu syarikat yang terhasil daripada penggabungan Granada plc dan Carlton Communications pada tahun 2004, dan juga syarikat induk ITV Broadcasting Limited yang menerima pemindahan lesen penyiaran Channel 3 di England, Wales, Sempadan Scotland/England dan Isle of Man pada November 2008. Begitu juga, ITV1 ialah jenama gunaan ITV plc untuk penyiaran Channel 3 di kawasan-kawasan tersebut, sementara STV dan UTV menggunakan jenama masing-masing di kawasan siaran masing-masing (Scotland Utara dan Tengah, dan Ireland Utara).

ITV

Bahasa Bahasa Inggeris
Dilancarkan 22 September 1955
TalkTalk TV Saluran 3
Naxoo(Switzerland) Saluran 217 (ITV London)
Dimiliki oleh ITV plc
STV Group plc
UTV Media plc
NSS 12(BFBS) 8103(dari 27 Mac 2013)
NSS 806(BFBS) 8103(dari 27 Mac 2013)
Bahagian penonton ITV Network:
14.4%
0.8% (+1)
1.1% (HD) (Februari 2013, BARB)
Freewire Saluran 103
Smallworld Cable Saluran 103
Saluran 126 (+1)
Saluran 107 (HD)
Freeview Saluran 3
Saluran 33 (+1)
Saluran 103 (HD)
itv.com Watch live (ITV London, UK sahaja)
Ibu pejabat The London Studios, Waterloo, London, SE1 9LT
Laman sesawang www.itv.com,
www.stv.tv,
www.u.tv,
www.channelonline.tv
UPC Cablecom(Switzerland) Saluran 159/175 (ITV London)
Astro Saluran 735
Virgin Media Saluran 103
Saluran 114 (+1)
Saluran 113 (HD)
Negara United Kingdom