Pertubuhan ITV

Kongisan penontonan saluran-saluran digital ITV (2000–2008).

Berbeza dengan saluran-saluran TV lain di United Kingdom, ITV tidak dimiliki oleh sebuah syarikat tunggal. Ofcom telah mengeluarkan lesen kepada empat syarikat untuk menyediakan khidmat Channel 3 setempat. ITV Broadcasting Limited berkhidmat di 10 kawasan di England dan Wales di samping kawasan sempadan Scotland dan Isle of Man, dengan lesen hari bekerja dan lesen hujung minggu berasingan untuk kawasan London. Di Scotland, STV Central Limited memegang lesen untuk Scotland Tengah, manakala STV North Limited memegang lesen untuk Scotland Utara, termasuk kepulauan-kepulauan Hebrides, Orkney, dan Shetland; kedua-dua perkhidmatan bersiaran dengan jenama stv. Ulster Television Limited diberi lesen untuk Northern Ireland dan berjenama utv. Di Kepulauan Channel, pemegang lesennya ialah Channel Television Limited yang berjenama ITV1.