Ibu_Soko

Ibu Soko (Jawi: ‏ايبو سوکو‎‎) ialah gelaran dan jawatan adat di Negeri Sembilan bagi wanita atau perempuan yang berilmu dan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai perkara khususnya berhubung peradaban serta kehidupan perjalanan adat khususnya tentang salasilah kelompok kekeluargaannya.Ibu Soko bertanggungjawab dalam melaksanakan ketentuan agama dan adat, meneruskan jurai keturunan kelompok keluarganya, memastikan keturunannya menjadi ahli masyarakat berguna dan memiliki sikap madani[1].Pakaian adat bagi Ibu Soko ialah baju kurung khas dengan kain samping dan telepuk di kepala[2].

Berkaitan