Dato' Seri Idris bin Jusoh merupakan bekas Menteri Pendidikan Tinggi(2015-2018),bekas
Menteri Pendidikan II (gabungan Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi) bermula dari 16 Mei 2013. Sebelum ini, beliau pernah menjawat jawatan
Menteri Besar Terengganu(2004-2008),Timbalan Menteri Usahawan(1995-1999).Idris menjadi terkenal dalam politik UMNO dan Malaysia ketika beliau pernah memimpin BN Terengganu menguasai Terengganu dari PAS dan menjadi Menteri Besar Terengganu. Beliau memegang jawatan itu sejak Mac 2004 selepas
Barisan Nasional berjaya menguasai semula DUN Terengganu dengan membawa Gelombang Biru dalam
Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 dengan majoriti 2 per 3 (28 BN 4 PAS).Beliau merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu yang berjaya memimpin negeri Terengganu mengembalikan penguasaan BN dari kerajaan PAS dipimpin Tuan Guru Haji Hadi pada tahun 2004.Pada pilihan raya umum Mac 2008, BN Terengganu di bawah kepimpinan Dato' Seri Idris bin Jusoh sekali lagi memenangi pilihanraya umum tersebut dengan majoriti 2 per 3, ketika BN di negeri-negeri lain(Selangor,Kedah,Pulau Pinang,Perak) mengalami tsunami politik dan jatuh kepada pembangkang ketika itu. Walaupun dicalonkan oleh Perdana Menteri Malaysia dan mendapat sokongan majoriti ADUN yang menang untuk menyandang Menteri Besar Terengganu selepas
Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, cadangan tersebut tidak diperkenankan oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) ketika itu. Beliau kemudian dilantik untuk memegang jawatan Pengerusi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) dari Julai 2008 sehingga Mac 2013.Pada Pilihanraya Umum ke 14(10 mei 2018),Dato' Seri Idris Jusoh sekali lagi menang dan dipilih sebagai wakil rakyat parlimen Besut dan berjaya membawa inspirasi kemenangan 3 DUN di bawah parlimen Besut(Jerteh,Kuala Besut,dan Hulu Besut).