Kerjaya Idrus_Harun

Selepas tamat pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1980, Idrus memulakan kerjaya beliau sebagai pegawai undang-undang. Beliau pernah menjadi Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu, Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara, Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Terengganu, Peguam Kanan Persekutuan di Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Penasihat Undang-Undang Suruhanjaya Pilihan Raya.[3]

Pada 2014, Idrus telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sehingga 2018 apabila pelantikan beliau sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 28 November 2018. Pada 6 Mac 2020, beliau telah dilantik sebagai Peguam Negara Malaysia bagi tempoh dua tahun sehingga 2022. Pelantikan ini berikutan kekosongan jawatan yang ditinggalkan pendahulunya, Tommy Thomas.[3]