Ikatan_Masyarakat_Islam_Malaysia
Ikatan_Masyarakat_Islam_Malaysia

Ikatan_Masyarakat_Islam_Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia
Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) atau Muslim Community Union of Malaysia adalah parti politik Islam yang kecil yang ditubuhkan pada 1990 berpengkalan di Terengganu.[1] IKATAN adalah parti serpihan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) yang telah ditubuhkan oleh Tuan Haji Abdul Wahab Yunus (Mantan Ahli Parlimen Dungun) dari Terengganu yang mengambil keputusan bersama kumpulannya untuk keluar daripada HAMIM selepas beliau kalah dalam pertandingan bagi jawatan Presiden HAMIM pada 1990.Pada asalnya, parti tersebut ditubuhkan menggunakan singkatan IMAM dengan berpusat di Kuala Lumpur. Namun, ROS telah menolak nama tersebut dan singkatan IKATAN telah digunakan.Perlembagaan IKATAN telah dipinda pada 1999 untuk mengubah nama parti kepada Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan kemudiannya dilancarkan pada 4 April 1999.[2] untuk membolehkan gerakan Reformasi pada tahun 1998-1999 didaftarkan sebagai parti politik berdaftar yang sah setelah menghadapi halangan didaftar oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Parti Keadilan Nasional (KeADILan) kemudiannya diubah nama pula kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas pengabungan dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) on 3 August 2003.[3]