Ciri-ciri Iklim_Mediterranean

Iklim ini dicirikan oleh musim panas yang panas dan kering, dan musim sejuk yang bersuhu sederhana dan kering. Iklim Mediterranean berzonkan sel tekanan tinggi subtropika besar di lautan, iaitu Tekanan Tinggi Azores, Tekanan Tinggi Atlantik Selatan, Tekanan Tinggi Pasifik Utara, Tekanan Tinggi Pasifik Selatan, dan Tekanan Tinggi Lautan Hindi. Sel-sel tekanan tinggi ini beranjak ke arah kutub pada musim panas, dan ke arah khatulistiwa pada musim sejuk, sambil memainkan peranan penting dalam pembentukan gurun tropika di dunia dan zon-zon beriklim Mediterranean di arah ke kutub dari gurun-gurun tersebut. Contohnya, Tekanan Tinggi Azores dikaitkan dengan Gurun Sahara dan iklim Lembangan Mediterranean. Begitu juga, Tekanan Tinggi Atlantik Selatan dikaitkan dengan Gurun Namib dan iklim Mediterranean di bahagian barat Afrika Selatan. Tekanan Tinggi Pasifik Utara dikaitkan dengan Gurun Sonora dan iklim California, manakala Tekanan Tinggi Pasifik Selatan dikaitkan dengan Gurun Atacama dan iklim di tengah Chile, dan Tekanan Tinggi Lautan Hindi pula berhubungan dengan gurun-gurun di kawasan barat Australia (Gurun Great Sandy, Gurun Great Victoria, dan Gurun Gibson) dan iklim Mediterranean climate di barat daya dan selatan Australia.[1]

Kebanyakan bandaraya besar yang bersejarah di lembangan Mediterranean, seperti Barcelona, Marseille, Rome, Athens, Baitulmaqdis and Beirut, serta beberapa bandaraya utama di luar kawasan Mediterranean seperti Santiago, Los Angeles, San Francisco, Cape Town dan Perth, terletak dalam zon beriklim Mediterranean.

Rujukan

WikiPedia: Iklim_Mediterranean http://www.bom.gov.au/climate/averages/tables/cw_0... http://www.climate-charts.com/Locations/a/AU946720... http://www.climate-charts.com/Locations/s/SP08181.... http://www.climate-charts.com/Locations/u/UA68816.... http://br.weather.com/weather/climatology/ITXX0139 http://uk.weather.com/weather/climatology/CIXX0020... http://www.uwsp.edu/geo/faculty/ritter/geog101/tex... http://www.aemet.es/es/elclima/datosclimatologicos... http://www.ims.gov.il/IMS/CLIMATE http://www.hydrol-earth-syst-sci.net/11/1633/2007/...