Format Ikon_Malaysia

Peringkat pengenalan

Intro IKON MALAYSIA

Episod pengenalan ini membuka tirai Ikon Malaysia dengan paparan maklumat format, konsep dan sistem undian program. Turut diperkenalkan sepuluh artis dan sembilan kumpulan muzik yang telah dipilih oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan barisan panel.

Profil IKON MALAYSIA

Ini merupakan landasan pengenalan para peserta Ikon Malaysia. Selain mempamerkan bakat mereka, Turut dipaparkan gaya hidup dan temuramah eksklusif, serta tayangan klip video dan persembahan mereka.

Pentas Ikon Malaysia

Saringan

Para peserta akan bertanding (artis solo dan kumpulan di malam berlainan) untuk mendapat tempat di pusingan separuh akhir. Siaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, persembahan-persembahan para peserta diadili oleh juri (70%) dan undian SMS penonton (30%).

Buzz IKON MALAYSIA

Program ini memberikan informasi dan liputan terkini serta mengimbas kembali persembahan-persembahan di Pentas IKON. Tonton Buzz Ikon untuk mengetahui keputusan pemenang-pemenang untuk Pentas Ikon.

Klip IKON MALAYSIA

Program ini menampilkan video-video muzik serta klip persembahan artis-artis yang terlibat dalam Ikon Malaysia.

Pusingan Separuh Akhir

Selepas melalui peringkat saringan, lima orang artis solo dan lima kumpulan muzik melayakkan diri mereka ke pusingan ini lalu berentap untuk menjadi finalis Ikon Malaysia.

Pusingan Akhir

Melalui sistem penghakiman 70% juri dan 30% undian, seorang artis solo dan sebuah kumpulan muzik bakal merealisasikan impian mereka dengan meraih gelaran Ikon Malaysia lalu mewakili negara untuk Ikon ASEAN.