Le Villi (1884)
Edgar (1889)
Manon Lescaut (1893)
La bohème (1896)
Tosca (1900)
Madama Butterfly (1904)
La fanciulla del West (1910)
La rondine (1917)
Il trittico:
Il tabarro (1918)
Il trittico:
Suor Angelica (1918)
Il trittico:
Gianni Schicchi (1918)
Turandot (1926)
Il trittico (The Triptych bermaksud tiga bahagian dalam satu
[1]) ialah judul untuk koleksi tiga opera satu babak
Il tabarro,
Suor Angelica, dan
Gianni Schicchi, oleh penggubah
Giacomo Puccini. Kesemua tiga
opera ini dipersembahkan buat pertamakali di
Metropolitan Opera pada
Disember 14,
1918.
Puccini inginkan agar kesemua tiga
opera ini dibuat sebagai satu “set”
opera, namun pada hari ini, adalah menjadi perkara lazim untuk satu atau dua sahaja
opera Il trittico dibuat pada satu-satu malam persembahan. Kadang-kala, hanya satu sahaja
opera ini dipersembahkan dan dipasangkan dengan satu lagi
opera satu babak yang ditulis oleh penggubah lain.
Opera Il trittico dibuat seimbang dengan tiga jenis jalan cerita;
Il tabarro, yang pertama mempunyai jalan cerita kelam dan keras, penuh dengan keganasan dan berkait rapat dengan
opera Verismo
[2] .
Opera babak ke-2,
Suor Angelica, pula adalah kegemaran peribadi
Puccini yang berkisarkan kisah keagaamaan, manakala
opera ke-3,
Gianni Schicchi, ialah
opera yang paling popular di antara semua yang menceritakan kisah sifat tamak dan penipuan bercampur dengan aksi sendaan dan komidi.Persembahan
opera Il trittico yang terakhir sekali dibuat sehingga kini ialah di rumah
opera terkemuka
New York, di
Metropolitan Opera pada
20 April 2007 dibawah arahan Jack O'Brien.