Perpecahan Ilkhanat

Selepas kewafatan Abu Said pada tahun 1335, empayar Ilkhanat mula berpecah belah dengan pantasnya dan akhirnya membentuk negeri-negeri kecil yang bersaing sesama mereka, terutamanya negeri Jalayiriyah. Namun begitu, tinggalan tentera Mongol dibawah pimpinan Tamerlane yang berbangsa Turki, menyatukan bekas jajahan Ilkhanat ini dan membentuk Wangsa Timuriyah.