Imagine Dragons adalah sebuah
kugiran rock Amerika Syarikat dari
Las Vegas, Nevada. Ia terdiri daripada penyanyi vokal utama
Dan Reynolds, pemain gitar
Wayne Sermon, pemain bes dan papan nada
Ben McKee dan pemain dram
Daniel Platzman.
[1] Pendedahan awal kumpulan ini adalah melalui pelancaran single "
It's Time", diikuti dengan album studio penampilan sulung
Night Visions (2012), di mana singles-single dalam album tersebut berjaya memasuki carta seperti "Radioactive" dan "Demons".
Billboard meletakkan mereka dalam tempat teratas bagi kedudukan 'Tahun dalam Rock' untuk tahun 2013
[2] dan 2017
[3] serta menamakan mereka sebagai 'Band Cemerlang 2013' dan 'Band Terbesar 2017'.
[4] Rolling Stone menamakan lagu "Radioactive" yang memegang rekod untuk berada dalam carta untuk banyak minggu di
Billboard Hot 100 'hit rock terbesar tahun ini'
[1][5][6] dan
MTV memanggil mereka sebagai 'band paling cemerlang tahun ini'.
[7]Album studio kedua Imagine Dragons,
Smoke + Mirrors (2015) berjaya menduduki tempat pertama di Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom.
[8][9] Selepas rumpang yang singkat, band itu melancarkan album studi ketiga mereka
Evolve (2017), yang menghasilkan single berkedudukan teratas di dalam carta iaitu "
Believer" dan "
Thunder". Walaupun ketiga-tiga album mereka secara komersialnya berjaya, penerimaan kritikal terhadap album tersebut adalah bercampur.
[10]Imagine Dragons telah memenangi tiga Anugerah Muzik Amerika, lima Anugerah Muzik Billboard, satu
Anugerah Grammy dan satu Anugerah World Music. Pada Mei 2014, mereka dicalonkan untuk empat belas Anugerah Muzik Billboard, termasuklah Artis Terbaik Tahun Ini dan Anugerah Penghargaan, yang mengiktiraf inovasi dan kreativiti artis yang merentasi genre berbeza. Imagine Dragons juga berjaya menjual 12 juta salinan album dan 35 juta single di seluruh dunia.
[11]