Iman_Troye

Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin atau lebih dikenali sebagai Iman Troye (lahir 25 Disember 2002) ialah merupakan seorang penyanyi, model, personaliti media dan instafamous Malaysia, berasal dari Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.[1][2]Single sulungnya, "Teman" mempunyai jumlah tontonan di YouTube sebanyak 12 juta melalui muzik videonya dan lagunya telah distrim sebanyak 1.5 juta melalui Spotify. Beliau juga merupakan peserta daripada rancangan nyanyian yang disiarkan oleh TV3, iaitu I Can See Your Voice Malaysia musim kedua pada tahun 2019.[3][2]