Imbasan_CT

Imbasan (atau Skan) tomografi berkomputer (Bahasa Inggeris: computerized tomography atau CT scan) menggabungkan ukuran sinar-X yang diambil dari pelbagai sudut yang berbeza untuk diproses komputer lalu menghasilkan imej ("kepingan" maya) keratan rentas (tomografi, daripada istilah bahasa Yunani gabungan tome "kepingan" dan grafein "menulis") kawasan tertentu objek yang diimbas, membolehkan pengguna untuk melihat di dalam objek yang dikehendaki tanpa memotong ke dalamnya.Pemprosesan geometri digital digunakan untuk terus menghasilkan isipadu tiga dimensi dalam objek yang dikehendaki melalui siri imej radiografi besar dua dimensi yang diambil sekitar satu paksi putaran.[1] Pengimejan perubatan merupakan penggunaan yang paling biasa untuk tomogafi jenis sinar-X. Imej-imej keratan rentas yang dihasilkan ini digunakan untuk tujuan diagnos dan terapi dalam pelbagai disiplin perubatan.[2]