Komposisi Impikan

"Impikan" dan versi bahasa Inggerisnya, "Watch Me Glow" ialah sebuah lagu yang berentak muzik tarian elektronik, ditulis oleh komposer dan penerbit muzik Sweden—Ludwig Lindell, Daniel Caesar dan Karl Oscar Gummesson.[4] Luca Sickta dan Yonnyboii menyumbangkan lirik versi bahasa Melayu.[4] Meluahkan rasa teruja untuk menyanyikan lagu ini, salah seorang ahli Dolla, Sabronzo berkata kepada Astro Gempak mengenai lagu ini:

"Sudah pastinya kami sangat teruja diberikan lagu daripada komposer dan penerbit antarabangsa yang sebelum ini pernah menghasilkan lagu-lagu hits K-Pop seperti "All Night" nyanyian Girls' Generation. Dengan peluang ini ianya sedikit sebanyak memberikan kami kelebihan kepada kami untuk membawa konsep muzik yang lebih bercitarasa antarabangsa. Kami juga berharap lagu ini bukan sahaja mendapat sambutan positif daripada pendengar dan mengukuhkan lagi jenama dan muzik di Malaysia, malah kami turut menaruh impian lagu ini membuka ruang dan peluang untuk kami menempa nama di luar negara,”.[4]

Menurut Dolla, mereka membuat kajian terlebih dahulu sebelum proses rakaman dijalankan.[4]

Rujukan

WikiPedia: Impikan http://www.kitepunye.com/dolla-kini-kembali-dengan... https://music.apple.com/my/album/impikan-single/15... https://www.budiey.com/dolla-impikan/ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://gempak.com/artikel/43300/dolla-teruja-dibe... https://kitareporters.com/gaya/nXe0RD9Vbx https://www.kopiplanet.com/makin-popular-impikan-j... https://open.spotify.com/track/0ERFAbunAhaQcK70dMJ... https://www.youtube.com/watch?v=RwVM0jo_0JI https://www.youtube.com/watch?v=_Wt2-PBVh9A&t=7s