InDrive

inDrive adalah satu perkhidmatan e-panggilan dengan lebih daripada 100 juta pengguna di lebih 700 bandar di 47 negara. inDrive adalah salah satu daripada 2 aplikasi e-panggilan dan teksi terkemuka di dunia berdasarkan jumlah muat turun.[1] Syarikat tersebut beroperasi di Kazakhstan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Armenia, Botswana, Rusia, Brazil, Mexico[2], Guatemala, Colombia, Peru, El Salvador, Chile, Ecuador, Costa Rica, Panama, Honduras, Dominican Republic, Bolivia[3], Nicaragua, Tanzania[4], Afrika Selatan[5], Kenya, Maghribi, Uganda[6], Nigeria, Botswana, India[7], Indonesia, Malaysia, Thailand dan Pakistan. Syarikat tersebut diasaskan di Yakutsk pada 2012.Aplikasi tersebut beroperasi menggunakan model Antara Rakan Setara (P2P)[8] dan merupakan salah satu perkhidmatan pengangkutan penumpang antarabangsa yang paling pesat berkembang. Semua syarat perjalanan melalui inDrive ditetapkan mengikut perjanjian antara penumpang dan pemandu. inDrive beroperasi di bandar-bandar kecil dengan populasi 10 ribu penduduk yang kebanyakannya mempunyai akses Internet berkelajuan rendah dan tiada peta penempatan, serta di bandar-bandar besar dengan persaingan yang amat sengit. Aplikasi tersebut  berjaya menyesuai kepada keperluan penduduk di sebarang penempatan. Perkhidmatan ini mengguna pakai model perniagaan Antara Rakan Setara (P2P) yang mampu memenuhi keperluan pengguna yang mencari alternatif kepada syarikat yang menentukan harga. Perkhidmatan ini juga menggunakan teknologi IT yang menghubungkan penumpang dengan pemandu secara lebih telus.Permintaan terhadap model tersebut adalah tinggi di kebanyakan tempat di dunia. Menurut OZY, caj perkhidmatan yang dikenakan oleh inDrive terhadap pemandu adalah antara 5-8% bagi setiap tambang. Ini menunjukkan kadar caj perkhidmatan yang lebih rendah berbanding perkhidmatan e-panggilan utama lain.Penumpang membuat pembayaran terus kepada pemandu dalam bentuk tunai dan bukan tunai. Ini membantu membuatkan harga perjalanan inDrive lebih rendah[9]. Aplikasi inDrive boleh dimuat turun melalui Android atau iOS.

Rujukan

WikiPedia: InDrive http://www.zocalo.com.mx/buscara-indriver-acelerar... http://vestitoday.ru/indriver-zapustil-servis-medr... https://www.clickpb.com.br/paraiba/chega-joao-pess... https://www.techtudo.com.br/noticias/2019/12/googl... https://www.laopinion.com.co/tecnologia/llego-cucu... https://www.america-retail.com/paraguay/indriver-y... https://mumbainewsnetworks.blogspot.com/2020/07/in... https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-08-29... https://www.businessdailyafrica.com/releases/Set-y... https://www.chiangmaicitylife.com/citynews/local/i...