Sinopsis Inai_Yang_Hilang

Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang sedang gembira tentang khabar anak sulung mereka, Sara akan mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya, Razif.

Setelah malam berinai, Sara seperti gusar dan ingin memberitahu sesuatu kepada adiknya, Ika. Namun, tidak berkesempatan untuk memberitahu Ika, Sara dan Wan Jamil, iaitu pak cik Sara telah hilang dari rumah pada keesokan harinya.

Suasana rumah itu huru hara kerana panik dengan kehilangan mereka itu. Mulai hari itu, setiap orang menjadi suspek siasatan pencarian Sara dan Wan Jamil.

Keluarga Razif menyalahkan Wan Jamil yang sengaja melarikan Sara. Pelbagai spekulasi mula keluar di media sosial. Isteri Wan Jamil, Noraini juga tertekan apabila dia mula menerima pelbagai ugutan.

Razif semakin tertekan dengan kehilangan Sara, dan cuba dipujuk oleh Mimi. Razif meminta bantuan orang ramai di laman instagramnya dan menjanjikan hadiah duit