Produksi Inception

Pada tahun 2001, Nolan telah menulis tentang "pencuri mimpi" dan dipersembahkan kepada Warner Bros. dalam bentuk cerita yang diwawaskan sebagai wayang seram berinspirasikan konsep mimpi sedar. Merasakan yang dia perlu memiliki pengalaman dengan wayang skala besar, Nolan telah beralah dan mengerjakan Batman Begins (2005) pula, kemudiannya The Prestige dan The Dark Knight. Enam bulan telah diambil Nolan untuk mengasah skrip sebelum dibeli pihak Warner Bros. pada bulan dua 2009. Inception telah dirakamkan di enam buah negara dan empat benua, bermula di Tokyo, Jepun pada 19 Jun 2009 dan berakhir di Kanada pada hujung bulan sebelas tahun itu.

Belanja rasmi wayang ini adalah 160 juta dollar yang dibahagikan antara Warner Bros. dan Legendary Pictures. Reputasi and kejayaan Nolan dengan The Dark Knight membantu mendapatkan $100 juta untuk pengiklanan, dengan kebanyakan publisiti berlaku secara internet. Inception ditayang-perdana pada 8 Julai 2010 di London dan dilancarkan untuk dua versi panggung yang biasa dan versi IMAX pada 16 Julai. Dengan keuntungan kasar sebanyak $800 juta seluruh dunia, Inception adalah wayang pecah panggung dan termasuk dalam salah-satu wayang berkeuntungan tinggi sepanjang masa.