Indonesia Raya
Indonesia Raya

Indonesia Raya

Indonesia Raya ialah lagu kebangsaan Indonesia yang dicipta pada tahun 1924 dan diperdengarkan buat pertama kali pada tahun 1928 di hadapan para peserta Sumpah Pemuda. Polisi penjajah Belanda pada masa itu ialah "divide and rule" atau "memisah dan memerintah". Ia merupakan sebuah polisi yang sengaja membesarkan perbezaan bahasa, suku kaum dan agama di antara rakyat Hindia-Belanda (Indonesia).[1][2][3]Lagu Indonesia Raya menandakan kelahiran pergerakan nasionalisme di negara tersebut. Lagu ini diperkenalkan oleh penggubahnya, Wage Rudolf Soepratman, pada 28 Oktober 1928 di sebuah perhimpunan agung belia-belia Indonesia di Batavia (kini Jakarta). Di sana, para pemuda Indonesia daripada pelbagai suku kaum, bahasa dan agama bersumpah untuk mendirikan:

Satu tanahair, iaitu Indonesia
Satu bangsa, iaitu bangsa Indonesia
Satu bahasa yang menyatukan, iaitu bahasa Indonesia
Lagu yang diperkenalkan di perhimpunan Sumpah Pemuda itu menjadi amat popular dan dinyanyikan di setiap perjumpaan politik di pelosok Hindia-Belanda. Lagu ini memberi semangat kemerdekaan yang mendalam di kalangan rakyat di seluruh kepulauan Indonesia.

Indonesia Raya

Negara  Indonesia
Penggubah Wage Rudolf Supratman (1924)
Diterima pakai 17 Ogos 1945
Juga dikenali sebagai Indonesia Raja (ejaan lama)
Penulis Wage Rudolf Supratman (1924)
Sehingga kini