Batavia
Batavia

Batavia

Batavia ialah nama yang diberikan oleh orang Belanda kepada kota yang kini bernama Jakarta, ibu negara Indonesia. Kota ini merupakan pelabuhan yang dijadikan pusat perdagangan dan kubu ketenteraan Syarikat Hindia Timur Belanda.Nama "Batavia" telah digunakan sejak sekitar tahun 1621 sehingga tahun 1942, apabila nama itu digantikan menjadi "Jakarta" oleh pemerintahan Jepun semasa pendudukannya di Indonesia agar menarik hati para penduduk. Walaupun demikian, bentuknya dalam bahasa Melayu, iaitu Betawi, masih tetap digunakan sehingga sekarang.