Pertahanan Inferius

Disebabkan Inferius adalah makhluk kegelapan, mereka tidak sukakan cahaya dan haba. Jampi yang paling berguna bagi mereka ialah jampi yang menjelmakan api seperti Incendio atau Lacarnum Inflammare. Jampi lain mungkin berkesan terhadap Inferius yang bilangannya kecil, dan bukan besar. Harus diketahui yang Inferius mampu tajan dengan kebanyakan jampi kerana mereka tidak merasa sakit dan mampu bertahan bagi jampi-jampi yang kesan utamanya ialah kesakitan.