Biografi Ingmar_Bergman

Awal hidup

Ernst Ingmar Bergman lahir pada 14 Julau 1918 in Uppsala, Sweden[2] Ayahnya Erik Bergman, seorang paderi Lutheran yang kemudiannya berkhidmat untuk Raja Sweden manakala ibunya Karin (née Åkerblom), seorang jururawat berketurunan Wallonia.[3][4] Ayahnya begitu ketat dalam mendisplinkan dia dan adik-beradiknya sehingga mempengaruhi perwatakan mereka

Penceburan, kemasyhuran dalam perfileman

Bergman mula ceburi kerjaya perfileman pada tahun 1941 sebagai seorang penyemak skrip. Beliau pertama kali terlibat secara utama dalam produksi filem sebagai penulis lakon layar dan pembantu pengarah bersama filem Hets (1944) disutradarai Alf Sjöberg.[5]

Beliau mula mendapat perhatian antarabangsa dengan filem Sommarnattens leende (1955) yang dicalonkan untuk Palme d'Or di Cannespada tahun berikutnya. Filem-filem Det sjunde inseglet dan Smultronstället), yang muncul secara berturut-turut pada tahun 1957 turut menaikkan kesohorannya - Det sjunde inseglet memenangi anugerah khas juri dalam Palme d'Or manakala Smultronstället meraih banyak anugerah unggul untuk beliau serta pemeran utamanya, Victor Sjöström.

Insiden penahanan dan kesan susulan

Pada 30 Januari 1976, beliau ditahan dua pegawai polis di Stockholm atas dakwaan bahawa beliau mengelak daripada membayar cukai sebanyak SEK500,000. Meskipun beliau kemudiannya didapati tidak bersalah dan kes ini berlaku sebagai suatu salah faham,[6] Bergman merasakan maruahnya dijatuhkan hasil peristiwa ini sehingga beliau terpaksa dirawat di hospital akibat mengalami kemurungan. Perasaan kecil hatinya menetapkan pendiriannya agar tidak lagi bekerja di Sweden. Walaupun beliau dipujuk beberapa karyawan terkenal negara tersebut malah Perdana Menteri Sweden sendiri, Olof Palme, beliau tetap nekad - studio miliknya di pulau Fårö ditutup dan beliau berpindah ke München, Jerman; tindakan tersebut menyebabkan kerugian sebanyak SEK10 juta serta ratusan pekerjaan dhapuskan.[7]

Di luar Sweden

Senja hidup

Bergman retired from filmmaking in December 2003. He had a hip surgery in October 2006 and was making a difficult recovery.

Bergman meninggal dunia dalam tidurnya pada usia 89 tahun[8] di kediamannya di pulau Fårö tanggal 30 Julai 2007.[9] Beliau disemadikan dalam suatu majlis persendirian di gereja pulau tersebut pada 18 Ogos 2007.

Rujukan

WikiPedia: Ingmar_Bergman http://www.bergmanorama.com/ //scholar.google.com/scholar?q=%22Ingmar+Bergman%2... //www.google.com/search?&q=%22Ingmar+Bergman%22+si... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Ingma... //www.google.com/search?q=%22Ingmar+Bergman%22&tbm... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Ingmar+Berg... http://www.imdb.com/name/nm0000005/ http://www.ingmarbergmanfoundation.com/ http://www.nytimes.com/2007/07/30/movies/30cnd-ber... http://tcmdb.com/participant/participant.jsp?parti...