Institut_Antarabangsa_Pemikiran_Islam

Institut Antarabangsa Pemikiran Islam atau IIIT ('International Institute of Islamic Thought) adalah sebuah pertubuhan bukan untung swasta di Amerika Syarikat yang diasaskan oleh Ismail al-Faruqi dan Anwar Ibrahim.[1] Ia ditubuhkan sebagai sebuah organisasi bukan untung 501(c)(3) yang tidak bermazhab di Pennsylvania pada tahun 1981, dan ibu pejabatnya terletak di Herndon, Virginia, dalam kawasan pinggir bandar sekitar Washington, DC.[2] Objektif utama kumpulan ini adalah untuk memberi tumpuan kepada menjalankan penyelidikan dalam memajukan pendidikan dalam masyarakat Muslim dan penerbitan, penterjemahan dan pengajaran karya melalui pelbagai cara, dengan "objektif kebangkitan dan pembaharuan pemikiran Islam."[3]