Institut_Piawaian_Kebangsaan_Amerika
Institut_Piawaian_Kebangsaan_Amerika

Institut_Piawaian_Kebangsaan_Amerika

American National Standards Institute (ANSI, "Institut Piawaian Negara Amerika" dalam bahasa Melayu, disebut /ænsiː/) merupakan sebuah pertubuhan tanpa untung swasta yang mengendali pembentukan standard suka rela bagi produk, perkhidmatan, proses, sistem, dan personel di Amerika Syarikat. Pertubuhan ini juga menyeragamkan standard Amerika Syarikat dengan standard antarabangsa supaya produk Amerika boleh digunakan di seluruh dunia. ANSI mengakreditasikan standard yang dicipta oleh wakil-wakil dari pertubuhan pembentukan standard, agensi kerajaan, kumpulan pelanggan, syarikat, dan lain-lain. Standard-standard ini memastikan bahawa ciri-ciri serta prestasi produk adalah konsisten, takrif dan isitlah yang sama sentiasa digunakan, serta produk diuji dengan cara yang sama. ANSI juga memberikan akreditasi kepada pertubuhan yang melaksanakan pensijilan produk atau personel menurut kriteria yang ditentukan dalam standard antarabangsa.ANSI beribu pejabat di Washington, D.C., manakala pusat operasinya terletak di New York City.