Institut_Teknologi_Petroleum_Petronas

Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) ialah cabang latihan teknikal Petronas melalui anak syarikatnya, Petronas Technical Training Sdn. Bhd. INSTEP ditubuhkan pada 1981, dengan matlamat untuk mempercepatkan pembangunan modal insan bagi menyokong pertumbuhan PETRONAS serta industri minyak dan gas di Malaysia. Institut latihan ini juga berkhidmat untuk pelanggan antarabangsa dari lebih daripada 15 buah negara sebagai sebahagian daripada aspirasinya untuk menjadi "Rakan Pemimpin Pilihan dalam Pembelajaran dan Pensijilan Teknikal Minyak dan Gas". Dengan kemudahan sokongan komprehensif untuk pelajar yang termasuk bilik darjah, kediaman, pusat sumber, dewan pelbagai guna, auditorium, kafetaria, masjid dan kemudahan sukan yang sangat baik, INSTEP menyediakan pengalaman yang memuaskan kepada para pelajarnya.[1][2][3][4][5]